Tuesday, December 8, 2009

PERTANDINGAN ANGKAT BERAT ZON TIMUR 2009

USPTN Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang dan Persatuan Angkat Berat Amatur Pahang akan menganjurkan Pertandingan Angkat Berat Zon Timur - Pahang 2009 melibatkan Negeri2 dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan 2 negeri jemputan iaitu Negeri Sembilan dan Kedah. Pertandingan ini akan diadakan seperti berikut :-

TEMPAT : DEWAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT NEGERI
PAHANG,ROMPIN



TARIKH : 13 HINGGA 15 DISEMBER 2009




MASA : 9.00 AM HINGGA 6.00 PM


Pertandingan diadakan ini adalah inisiatif bagi menilai prestasi atlet dan jurulatih memandangkan kekurangan pertandingan yang diajurkan di peringkat kebangsaan mahupun remaja kebangsaan.

Di harap dengan adanya pertandingan ini, ia akan memberi peluang kepada semua atlet yang terlibat untuk menunjukkan kejaguhan masing-masing..

Sebarang pertanyaan boleh berhubung :
Cik Musliana Mustafa (SDO A.Berat) atau
En. Zainuddin Joseph (Jurulatih) 017-9870183


PELUANG UNTUK MEMBIDIK EMAS SEA GAMES LAOS

RASA gementar adalah perkara biasa apa lagi jika berdepan kejohanan utama pertama kali dalam kerjaya bergelar atlit negara. Namun rasa gementar dihadapi penembak muda negara Mohd Nur Rahimi Abd Halim, jelas diredakan sedikit dengan kehadiran kakaknya, Nur Ayuni Farhana bagi membentuk gandingan adik beradik mengisi senarai atlit menembak pada temasya dwitahunan itu.

Begitupun pada usia 16 tahun, Rahimi tetap berharap dia dapat mengutip seberapa banyak pengalaman pada penampilan pertamanya kali ini. Rahimi yang akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu rifle prone, rifle tiga posisi serta air rifle sebelum ini hanya sekali menyertai kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Asia Tenggara (Seasa) di Bangkok, Oktober lalu. Di situ, dia beraksi cemerlang apabila meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Sama seperti kakaknya yang menyertai acara rifle, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sungai Isap, Kuantan itu, mahu beraksi baik pada penampilan pertamanya itu dan cuba mencari kilauan pingat tanpa mengira warna.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MEREKA...

Wednesday, November 18, 2009

ANUGERAH SUKAN PAHANG 2007/2008


ANUGERAH SUKAN PAHANG 2007/2008 TELAH DIADAKAN PADA 16 NOVEMBER 2009 YANG LALU DI DEWAN UTAMA WISMA BELIA, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN. KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG MENCEMAR DULI TELAH MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG DIADAKAN.

ANUGERAH KALI INI MENYAKSIKAN AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM DARI SUKAN ANGKAT BERAT DI NOBATKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH OLAHRAGAWAN NEGERI SEMENTARA K.GANTHIMANTI DARI SUKAN OLAHRAGA PENERIMA OLAHRAGAWATI NEGERI..

PASUKAN MENEMBAK NEGERI PAHANG JUGA CEMERLANG DENGAN BEBERAPA ANUGERAH YANG DITERIMA ANTARANYA ANUGERAH OLAHRAGWAN DAN OLAHRAGAWATI HARAPAN NEGERI MENJADI MILIK MOHD HASSANUL ADZHAR MOHD BADRIN DAN NUR AYUNI FARHANA BT ABD HALIM SELAIN ANUGERAH PASUKAN TERBAIK (WANITA). SELAIN ATLET, JURULATIH IAITU ELENA SOTNIT PULA MEMENANGI ANUGERAH JURULATIH TERBAIK.

ANTARA PENERIMA ANUGERAH YANG LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

1. KHAS MEDIA - ROSILAWATI MOHD RESEDI (SINAR HARIAN)
2. KEPIMPINAN SUKAN - YB. DATO' HJ. MOHD SOHAIMI (PESAKA PAHANG/MALAYSIA)
3. MAJLIS SUKAN DAERAH TERBAIK - MSD KUANTAN
4. PERSATUAN SUKAN TERBAIK - PERSATUAN TENPIN BOWLING NEGERI PAHANG

SEKIAN

disediakan oleh eis.

Tuesday, November 17, 2009

PROGRAM EVALUATION 2010 TENPIN BOWLING

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA PERSATUAN TENPIN BOLING MALAYSIA DAN PERSATUAN TENPIN BOWLING NEGERI PAHANG AKAN MENGADAKAN PROGROM EVALUTION 2010 BAGI MEMILIH ATLET-ATLET PELAPIS BAGI TAHUN 2010

PROGRAM AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :-


TARIKH :
30 NOVEMBER 2009

TEMPAT :
KUANTAN MEGALANES,
BERJAYA MEGAMALL

MASA :
10.00 AM ( OLEH JURULATIH USPTN )
2.00 PM ( OLEH JURULATIH KEBANGSAAN)

UMUR :
15 HINGGA 17 TAHUN

BAYARAN :
RM 12.00

JANTINA :
LELAKI DAN WANITA

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHADIRIKAN DIRI TERUS KE TEMPAT YANG TELAH DIMAKLUMKAN ATAU MENGHUBUNGI :-

EN. HAMZAH B. AMIN ( 013-3888116)
EN. MOHD FARIQ ( 012-9287077 )
EN. SYAMSUDIN ( 012-9852865 )

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI (USPTN) PAHANG

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan selamat datang. Di harap dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak akan membantu para pengunjung mendapat maklumat berkenaan dengan perjalanan program yang disertai atau di anjurkan oleh pihak USPTN Pahang.

Latar Belakang

USPTN Pahang adalah merupakan unit yang di tubuhkan dibawah naugan Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara. Merupakan juga kesinambungan Program Sukan Teras dan Program Pembangunan Cemerlang 2010 oleh Majlis Sukan Negara. Proses pensturukturan semula Majlis Sukan Negara dan penambahbaikan telah membentuk satu Unit yang dikenali Cawangan Pelapis.

Tujuan utama penubuhan unit ini ialah untuk meneruskan program pencarian bakat baru yang berkualiti di peringkat negeri untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Program Pelapis Serantau dan Program Pelapis Kebangsaan yang merupakan program atlet pelapis kepada atlet elit negara pada masa ini.

Sukan Tumpuan di Negeri Pahang

1. Menembak 9. Tinju
2. Angkat Berat 10. Olahraga
3. Memanah 11. Sepak takraw
4. Skuasy 12. Badminton
5. Gimnastik Artikstik 13. Akuatik ( Renang )
6. Gimrama 14. Pelayaran
7. Tenpin Bowling 15. Pencak Silat
8. Berbasikal

KAKITANGAN USPTN PAHANG

1. En. Syamsudin b. Sukemi - Pemangku Ketua Unit
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Menembak dan Tenpin Bowling

2. En. Mohd Rasul Abdul Hamid
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga dan Tinju

3. En.Anuwar b. Abu Bakar
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Akuatik (Renang) dan Badminton

4. En. Arif Abadi b. Mat Resid
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Berbasikal dan Pencak Silat

5. Pn. Sarimah bt Hashim
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Gimnastik, Gimrama dan Skuasy

6. Pn. Norsuhaini bt Ibrahim
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Memanah dan Pelayaran

7. Cik. Musliana bt Mustafa
- Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Angkat Berat dan Sepak Takraw

8. En. Aliyasar b. Che Ree
- Pembantu Tadbir

9. Cik Rohana b. Junid
- Pembantu Tadbir


Alamat Perhubungan :-

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PAHANG
TINGKAT 1 GIMNASIUM SUKPA
KOMPLEKS SUKPA
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG D.M.

TEL : 09-5733353
FAX : 09-5735343