Tuesday, March 29, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN MEMANAH PHG MAC 2011

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN/ PERJUMPAAN JURULATIH & ATLET

Tarikh   :   27 Mac 2011 ( Ahad )
Masa    :   11.30am
Tempat :  Pusat Latihan Memanah Kuantan
Program :  Latihan
Program bermula : 9.00am 
Kehadiran Atlet  :  2 org atlet pelapis
                           13 org atlet dari Sekolah Mahat Tahfiz, Kuantan                           
Kehadiran Jurulatih  :  En. Zaradi @ Zuraidi b Abd Wahab ( JSM Pelapis )



Laporan Ringkas Pemantauan :

Semasa pemantauan jam 11.30am keadaan cuaca amat baik. Seramai 2 orang atlet program pelapis yang hadir dan 13 orang dari Sekolah Mahat Tahfiz, Kuantan berlatih bersama bagi persediaan Kejohanan MSSD pada akhir bulan Mac 2011. 

Ketika pemantauan atlet sedang menjalani latihan jarak 30m. Keadaan persekitaran semasa pemantauan kurang memuaskan, terdapat sampah makanan, target face dan target but terpakai bertaburan di sekitar kawasan dan ia mencacatkan pemandangan. Di dalam stor memanah juga tidak teratur, manakala kabin untuk mengisi target but juga telah rosak teruk. Kini target but diletakkan disekitar pejabat USPTN Pahang bagi mengelakkan kerosakan berganda.

Lapang Sasar ini masih lagi digunakan buat sementara waktu sebelum ditukarkan ke kawasan lain sehingga menerima notis untuk mengosongkan kawasan tersebut. Cadangan tempat latihan berkemungkinan di Kolej Profesional Mara, Kuantan.

Untuk makluman pihak Cawangan dengan penambahan atlet 11 orang dari Program TID tahun lepas menyebabkan PLN Kuantan kekurangan peralatan latihan seperti set bow dan juga 'arrow' bagi tujuan latihan. Atlet sedia ada juga kini telah mencapai prestasi yang memberangsangkan dan peralatan juga perlu ditukarkan untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Peralatan yang diperlukan adalah 'limb'.

Bersama-sama ini disertakan gambar semasa pemantauan dijalankan.

Sekian, Terima kasih

Laporan disediakan oleh :-

NORSUHAINI BT IBRAHIM ( NANI )
PPN Memanah Negeri Pahang








6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. sy berminat dan mempunyai peralatan memanah sendiri,cuma saya tiada tempat untuk berlatih.sy mencari tmpat yang berdekatan dengan kuantan. ada cadangan x?n sy 22

    ReplyDelete
  4. Untuk makluman OM@R!oN tempat latihan bagi program kami adalah di KOlej Profesional Mara Jln Sg. Lembing..namun program ini adalah khas bagi pelajar berusia 13 tahun ke atas dan tidak lebih dari 21 tahun..TQ

    ReplyDelete
  5. assalam....
    saya ingin bertanya...saya ingin menghantar anak saya untuk belajar memanah. usia mereka 10 dan 6 tahun.dimanakah tempat belajar memanah di kuantan ini yang boleh saya daftarkan anak saya untuk belajar memanah. tq

    ReplyDelete
  6. saya begitu teringin menyertai pertandingan memanah.nampaknya usia menjadi penghalang. saya baru 25 tahun. ada komen?

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.