Thursday, July 21, 2011

10th PRINCE PAHANG JUNIOR SQUASY CHAMPIONSHIP AND 2nd PAHANG MASTER CHAMPIONSHIP 2011
4TH - 17TH JULY 2011
TELOK SISEK SQUASY COURT, KUANTAN

FEEL FREE TO WATCH THIS VIDEO ...
http://vimeo.com/26625218

credit to :Anuwar Hanif..

Thank You Very Much...

Wednesday, July 13, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH MEMANAH & PELAYARAN

Perjumpaan JSM Sukan Memanah

Tarikh   : 7 Julai 2011
Masa    : 3.00 petang
Tempat : Majlis Sukan Pahang
Kehadiran : 2 orang
Jurulatih : En. Zaradi @ Zuraidi bt Abd Wahab ( JSM Pelapis USPTN )

Perjumpaan diadakan bagi membincangkan mengenai program latihan dan masa latihan yang sesuai bagi atlet di dalam program memandangkan kebanyakan atlet di PLN Kuantan kini mempunyai masalah untuk turun menjalani  latihan seperti yang telah dijadualkan. 

SDO- Perkara ini akan diambil tindakan bagi mengemaskini jadual latihan baru dan akan mengadakan perjumpaan bersama atlet memanah PLN Kuantan.

Perjumpaan JSM Sukan Pelayaran

Tarikh   : 8 Julai 2011
Masa    : 4.30 petang
Tempat : Majlis Sukan Pahang
Kehadiran : 3 orang
Jurulatih : En. Eszaidi b Elias ( JPM MSP)
               En. Mohd Yusof b Ibrahim ( JPM MSP )

Diadakan bagi membincangkan mengenai Penyertaan ke Kej. 13th KFC- Tunku Laxamana pada 15-17 Julai 2011 bertempat di Port Dickson. Perbincangan mengenai cadangan untuk berkerjasama dengan pihak TLDM, Tg. Gelang Kuantan dan pihak JPNP bagi meningkatkan lagi prestasi sukan pelayaran di Negeri Pahang dari segi meminjam serta mengunapakai peralatan mereka.

SEKIAN
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Memanah & Pelayaran

Tuesday, July 12, 2011

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH



USPTN Pahang dan Warga Kerja Majlis Sukan Pahang mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada En. Arif Abadi di atas sumbangan beliau sepanjang bersama Unit dan Pentadbiran Majlis Sukan Pahang.

Beliau telah di tawarkan jawatan selaku Penolong Jurulatih Berbasikal di Pusat Latihan Berbasikal Serantau (Ipoh, Perak) bermula 1 Julai 2011.

Semoga kehadiran beliau selaku Penolong Jurulatih Berbasikal Pelapis Serantau akan memberi impak kepada pasukan kebangsaan melahirkan lebih ramai atlet setanding Azizul Hasni Awang.

Selamat Maju Jaya di ucapkan kepada En. Arif Abadi b. Mat Resid.

LAPORAN PEMANTAUAN & PERJUMPAAN BERSAMA ATLET BOWLING TENPIN

Tarikh   : 8 Julai 2011
Masa    : 6.30 petang
Tempat : Kuantan Megalanes
Program : Latihan
Program Bermula : 5.30 -7.30pm
Kehadiran : 15 orang
Jurulatih : En. Tong Alex ( JSM Pelapis USPTN )

Laporan Ringkas Pemantauan

Semasa pemantauan pada jam 6.30 petang seramai 15 orang atlet sedang menjalani latihan di bawah kendalian JSM Tong ALex. Komitmen atlet untuk hadir menjalani latihan sangat membanggakan. Dengan semangat sepasukan latihan yang dijalankan penuh dengan keceriaan. Ibubapa atlet juga turut memberi sokongan  menjadikan atlet lebih bersemangat. Dengan mata kasar, tidak menampakkan sebarang masalah di dalam pasukan ini.

Laporan Perjumpaan Atlet

Perjumpaan dengan 15 orang atlet sangat menyeronokan kerana atlet yang hadir mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri. Perjumpaan ini diadakan bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh atlet semasa latihan. 


Sekian.

NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Bowling Tenpin 
Negeri Pahang

Monday, July 4, 2011

KEJOHANAN TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2011, PAHANG LEG.

Tarikh   : 1-3 Julai 2011
Tempat : Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall
Peserta : 318 orang

KEPUTUSAN PEMENANG

Girls U12
1  ALIA NADIRA BT AZMI PAH 
2  NURUL AINA SYAKIRAH BT KHAIRIL PRK 
3  AIDA MUNIRAH BT MOHD RAZIF KUL 
4  PUTERI NURUL DINI KED
5  NUR SYAZWANI BT SAHAR KUL 
6  AININ SOFIYA SEL

Boys U12
1 M. AL- QAYYUM SYAFIQ B AKMAL SEL 
2 MUHAMMAD NU'AIM BIN AMRAN SEL 
3 AHMAD NABIL B. AHMAD NIZAM SEL 
4 TUN AMEERUL LUQMAN AL HAKIM  PRK 
5 ALIF MUQRI B. HAZMI KEL 
6 IRFAN IRSYADUDDIN B MOHD ISHANIZAM PAH


STEP LADDER - GIRLS GRADED
1  NUR AMEERA HUSNA(KED) 
2 SHARIFAH MUNIRAH(PAH)
3 QISTINA ZAINAL FITRI(SEL)
4 PUTERI ARFAH ATTILIA(KED)
5 IVER TAN JIA CHUEN (PEN)
6 NUR AIN IZZATI(SEL)

STEP LADDER - BOYS GRADED
1 AHMAD ZULKARNAIN B AHMAD MAZLAN(KED)
2 MUHAMMAD NAIM B HASHIM (SEL)
3 ABDUL HAFIZ AZRAN B ABD RAHIM (TRG)
4 AMIRUL HAQQIM B NORAZMI (KUL)
5 AFIQ IRSYADUDDIN BIN BAHANODDIN (PRK)
6 ABDUL HADI B HARUN (PAH)

STEP LADDER - GIRLS OPEN
1 FARAHANA AMELIA B AHMAD RADZI (KUL)
2 NUR SHAHIRA BT ABD MANAF (JOH)
3 NAZIRA BT NASIR(PAH)
4 NORHANI NADIA BT MOHD HASIM RANI (PAH)
5 SITI NURZULAIKA BT ISMAIL(KUL)
6 NORAMIRAH BT HASHIM(JOH) 

STEP LADDER - BOYS OPEN
1 MOHD NAZMI BIN MOHD MAZLI(PEN)
2 MUHAMMAD FIRDAUS B IDRIS(KUL)
3 AMIRUN AZEEM HASNUL(NSE)
4 RAZIF SAZALI(PRK)
5 SYED MOHD HAFIZ B SYED HUSSIEN(JOH)
6 MOHD NASHAN BIN ONN(JOH)

Salam 1 Malaysia, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang dan Majlis Sukan Negeri Pahang mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang di Kejohanan Junior Circuit Pahang Leg dan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MTBC, MILO, Persatuan Bowling Tenpin Negeri Pahang, Megalane dan semua pihak yang terlibat menjayakan Kejohanan di atas. 
Tidak lupa juga En. Khairul Anuar b Abu Bakar ( Wakil dari Yayasan Pahang ) dan En. Syamsudin b Sukemi ( Pemangku Ketua Unit USPTN Pahang ) selaku penyampai pingat kepada pemenang dan ribuan terima kasih diucapkan.
Kepada SDO-SDO yang hadir di kejohanan tersebut, terima kasih diucapkan kerana turut sama membantu. Semoga kejohanan  seperti ini akan diadakan lagi di Negeri Pahang dimasa-masa akan datang.

Sekian
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Sukan Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang/ MSN Pahang