Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA

KAMI DARI UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PAHANG INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SUKAN DI NEGERI PAHANG, USPTN NEGERI-NEGERI, MAJLIS SUKAN NEGARA DAN PERSATUAN SUKAN BEGAR.

BERHATI HATI DI JALAN RAYA SEMASA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN BERGEMBIRA DI HARI YANG MULIA INI.

'SUKAN CEMERLANG, PAHANG GEMILANG"

SEKIAN..

DARIPADA KAKITANGAN USPTN PAHANG 2011

1. SYAMSUDIN SUKEMI
2. MOHD RASUL BIN ABDUL HAMID
3. ANUWAR BIN ABU BAKAR
4. SARIMAH BT HASHIM
5. NORSUHAINI BT IBRAHIM
6. ALIYASAR BIN CHE REE
7. ROHANA BT JUNID

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Atlet Angkat Berat Pahang



Tarikh : 22 Ogos 2011
Masa : 6.30pm
Tempat : Asrama Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin

Kehadiran : Tuan Pengarah MSP, Presiden Angkat Berat Pahang, Pegawai dan Kakitangan MSP, Jurulatih dan Atlet

Sebelum majlis berlansung, Pengarah dan kakitangan MSP yang hadir dibawa melawat Asrama Pusat Latihan Angkat Berat yang baru siap. Kesemua Atlet telah pun mula menginap di asrama tersebut mulai 13 Ogos 2011 yang lalu.

Pada jam 7.00 pm, kesemua hadirin berkumpul di Dewan Makan Asrama untuk menanti waktu berbuka puasa bersama-sama.

Sebelum beredar, Pengarah MSP telah menyampaikan ucapan dan amanatnya kepada semua atlet dan mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya..

Majlis tamat pada jam 9.45pm.

Disediakan oleh :-

SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

Tuesday, August 16, 2011

Pencapaian Atlet Pelapis USPTN Pahang

Seramai 3 orang atlet Pelapis USPTN Pahang iaitu 2 orang dari sukan Angkat Berat dan seorang atlet Sukan Gimnastik Artistik telah terpilih ke peringkat Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan.

Pemilihan ketiga-tiga atlet ini berdasarkan pencapaian yang konsisten sepanjang tahun 2010 dan 2011 dan penilaian Jurulatih Pusat Latihan Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Atlet yang terpilih telah melapor diri di pusat latihan yang ditetapkan seperti berikut :

Sukan : Angkat Berat
Tempat: Pusat Latihan Akedemi Serantau Zon Selatan, Johor Bharu
Tarikh Lapor : 1 Ogos 2011
1. Mohd Nasarudin
2. Mohd Azril Huzairi Ramli

Sukan : Gimnastik Artistik
Tempat : MSN Bukit Jalil
Tarikh Lapor : 01
1. Siti Nur Bahirah Husniah bt Ahmad


Semoga ketiga-tiga atlet yang terpilih ini akan menunjukkan peningkatan seterusnya memperoleh kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

USPTN Pahang mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH.

Friday, August 5, 2011

PENERIMA GERAN BANTUAN SPORT EXCEL- FATIN NAJIHAH BT AHMAD FAIK

Pada 29 Julai 2011 ( Jumaat ) Fatin Najihah bt Ahmad Faik merupakan Atlet Bowling Tenpin  Pahang telah menerima geran bantuan Sport Excel dari Pengerusi Sport Excel iaitu YAM Tunku Tan Sri Imran Ibni-Sultan Tuanku Jaafar di Royal Selangor Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Pemberian bantuan geran tersebut berdasarkan ranking dan prestasi semasa di Kejohanan Kebangsaan Sport Excel-Milo-NSC Junior Circuit 2010/2011.
Geran bantuan ini diberi kepada atlet berkenaan bagi menampung perbelanjaan penyertaan  pertandingan dan pembelian peralatan latihan selama  setahun.

Penerima geran bantuan:-

1) Faten Najihah Bte Ahmad Faik  - 14 years old from Pahang (RM1,500.00) 
2) Christopher Tiong Lee Siong   - 14 years old from Sarawak (RM1,500.00)
3) Ellysha Syafeena Bte Rohaili  - 13 years old from Sarawak (RM1,500.00)
4) Muhammad Aqil Bin Izamuddin   - 12 + years old from Kuala Lumpur (RM1,000.00)
5) Tun Ameerul Luqman Al Hakim   - 12 years old from Perak (RM1,000.00)
6) Aida Munirah Bte Mohd Razif   - 12 years old from Kuala Lumpur (RM1,000.00)


Sekian.
NORSUHAINI BT IBRAHIM
SDO Bowling Tenpin 
USPTN Pahang