Monday, February 27, 2012

KEPUTUSAN 15TH ASIAN SAILING CHAMPIONSHIP 2012

Kejohanan 15th Asian Sailing Championship 2012 yang telah berlangsung dari 16-26 Feb 2012 di National Sailing Centre, Langkawi Kedah, kini telah malabuhkan tirai pada 26 Februari yang menempatkan Atlet Negeri Pahang NUR SHAZRIN BT MOHD LATIF yang kini berusia 14 tahun menduduki tangga ke-4 dalam acara Optimist Girls dan didahului dengan peserta Thailand, Singapura serta China.

Beliau juga diantara 'The Best Sailor in Malaysia & Asian' untuk kejohanan ini dengan disaingi 22 peserta dari 17 buah negara lain membuktikan Malaysian Sailor juga setanding dengan Atlet-atlet Asian yang lain. Tahniah buat beliau dan juga buat Jurulatih yang telah melatih beliau...!!

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM

Thursday, February 23, 2012

LAWATAN VENUE MEMANAH SUKMA XV, PAHANG 2012 DI POLISAS, KUANTAN

Tarikh : 20 Februari 2012
Masa  : 10.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Semambu, Kuantan

Pemantauan  dilakukan bertujuan memastikan  kerja-kerja penambahbaikan venue berada di tahap mana sebelum berlangsungnya SUKMA XV, Pahang 2012. Memastikan juga padang tersebut boleh digunapakai untuk Kejohanan Karnival Sukan Pelapis 01/2012 dari 23-27 Mei 2012 di Kuantan, Pahang. Makluman awal padang tersebut boleh digunakan untuk Karnival Pelapis dan pihak POLISAS juga akan memaklumkan semula sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN Memanah  

Wednesday, February 22, 2012

KEJOHANAN 15TH ASIAN SAILING CHAMPIONSHIPS 2012

Seorang  Atlet Pelayaran Negeri Pahang dan juga pelajar SMK Paloh Hinai Pekan iaitu Nur Shazrin b Mohamad Latif telah berjaya melayakkan diri ke Kejohanan 15th Asian Sailing Championships 2012 yang kini sedang berlangsung di National Sailing Centre, Langkawi Kedah dari 16 - 25 Februari 2012. 

Ini merupakan kali pertama beliau diberi peluang untuk menyertai kejohanan Asian oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA). Dengan penyertaan dari 23 buah negara ini akan memberikan persaingan yang positif kepada beliau untuk terus berjaya dalam sukan ini.

Beliau  yang berlatih di Pusat Latihan Perahu Layar Negeri Pahang, Balok Kuantan di bawah kendalian Jurulatih Yusof  b Ibrahim telah membuktikan bahawa Pelayar Pahang kini sedang meningkat naik. Negeri Pahang juga berharap beliau berada di ranking 3 terbaik untuk kejohanan tersebut.

Disediakan oleh:-.
NORSUHAINI BT IBRAHIM
PPN Pelayaran Negeri Pahang

Tuesday, February 21, 2012

Pemantauan Pusat Latihan Menembak

Tarikh : 22 Feb 2012
Masa : 4.30 pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak

Kehadiran : Jurulatih - 4 org , Atlet Pistol -13 org, Atlet Rifle - 10 org

Semasa lawatan, kesemua atlet sedang menjalani latihan tembakan mengikut jadual yang telah ditetapkan jurulatih. Keadaan pusat latihan berada dalam keadaan yang baik.

Atlet kini sedang dalam persiapan untuk menyertai Kejohanan Sport Excel Sirkit 2 pada 1-4 Mac 2011.

Jurulatih memaklumkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :-

1. Memerlukan pembekalan peluru baru agar program latihan tidak tergendala.
- maklumbalas : MSP sedang dalam proses pembelian peluru secara tender tahunan. Sekiranya tiada masalah awal Mac akan selesai isu pembekalan peluru.

2. Mohon untuk menempatkan 3 org atlet dari SEMSAS di Asrama sebelum pergi ke kejohanan - maklumbalas : telah dikemukan dan di cadangakan kemasukan pada hari Sabtu (26 Feb 2012)..

Sekian terima kasih..

Thursday, February 2, 2012

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET BOWLING

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 5.30 petang
Tempat : GYM MSP
Program : Latihan fizikal
Masa Program : 5.00-6.30 petang
Jurulatih : Mohd Fariq b Shamsudin
               En. Mohd Hafiz b Tajuddin ( Peg.Suaian Fizikal ISN Satelit Pahang )

Seramai 10 orang atlet menjalani latihan fizikal bersama pegawai ISN Satelit Pahang bagi memastikan tahap kecergasan atlet bowling. Sesi pengenalan latihan fizikal yang bersesuaian untuk sukan bowling oleh En. Hafiz. Taklimat mengenai pentingnya latihan fizikal dan beberapa teknik latihan yang betul. 

Latihan pertama untuk atlet bowling pada hari tersebut adalah dengan larian 2.0km. Dengan larian tersebut, En. Hafiz dapat menilai tahap kecergasaan atlet yang kini di tahap sederhana kerana atlet masih lagi dalam fasa mengadaptasi kepada latihan.

Riak wajah atlet  jelas kelihatan gembira walaupun penat menjalankan aktiviti luar. Latihan fizikal ini akan dilakukan 2 kali seminggu iaitu Selasa dan Khamis. 

Disediakan oleh:-
NORSUHAINI BT IBRAHIM