Monday, November 12, 2012

Kem Latihan Atlet Menembak Bersama Pasukan Pelapis Kebangsaan

Cawangan PELAPIS Majlis Sukan Negara Malaysia akan mengadakan Kem Latihan Alet Menembak ( attachment Program ) pada 19 Nov hingga 23 Dis 2012.

Seramai 4 orang atlet Menembak Negeri Pahang telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada atlet-atlet negeri yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2012 merasai dan menimba pengalaman bersama-sama pasukan kebangsaan.

4 orang atlet Pahang yang terpilih adalah :-

1. Mohd Muhaithir b. Johari - Pistol
2. Mohd Wisnu b. Awaluddin - Pistol
3. Abdul Hadi b. Abdul Malek - Pistol
4. Norfadhilah bt Ahmad Kamal - Rifle

Semoga kesemua atlet yang terpilih akan menunjukkan prestasi dan disiplin yang baik sepanjang program dan diserapkan ke Program Pelapis Kebangsaan tahun 2013.

Sukan Cemerlang, Pahang Gemilang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEM PEMILIHAN ATLET DAN LATIHAN SEMUA KELAS PERAHU LAYAR

USPTN Pahang telah menghantar seramai 4 orang atlet dan seorang jurulatih untuk menyertai Kem Pemilihan Atlet dan Latihan Semua Kelas Perahu Layar pada 13 -21 November 2012 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi KEDAH.

Peserta yang terlibat adalah:-

1. En. Mohd Yusof bin Ibrahim ( JPM )
2. Nur shazrin bt Mohd Latif ( Atlet - Laser)
3. Siti Nur Fatihah ( Atlet - Winsurfing )
4. Mohd Fitri bin Arshad ( Atlet - Laser )
5. Mohd Aiman Hakim ( Atlet - Laser )

Sekian.

-- 
NORSUHAINI BT IBRAHIM
Pen. Peg. Belia & Sukan
Memanah/Pelayaran/Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

Program Pemilihan Atlet Pelapis Sukan Menembak

Salam,

USPTN Pahang dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang telah mengadakan Program Pemilihan Atlet Pelapis bagi sukan Menembak.

Program telah di adakan seperti berikut :-

Tempat : Lapang Sasar Majlis Sukan Pahang
Tarikh : 12 November 2012 ( Isnin )
Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh
Penyertaan : 108 org ( 65 lelaki / 43 perempuan )
Sekolah terlibat : SMK Sg. Isap, SMK Bkt Rangin / SMK Cenderawasih Ktn
Umur : 14 - 16 Thn

Jadual program :-
8.30 am : Pendaftaran
9.00 am : Penerangan keselamatan Lapang Sasar ( Coach Fauzi ) dan Program
9.30 am : Ujian Fizikal / ujian tembak Air Pistol / Air Rifle
11.30 am : Ujian Tembak Rifle prone .22
1.00 pm : Rumusan Program
1.30 pm : Makan dan bersurai.

Pihak Pentadbiran USPTN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharap program ini akan dapat mencungkil bakat baru dalam sukan Menembak seterusnya menempa nama di perinkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEJOHANAN PELAYARAN KFC-TERENGGANU OPEN REGATTA 2012

TAHNIAH kepada atlet pelayaran NUR SHAZRIN BT ABDUL LATIF yang telah berjaya meraih tempat ke-3 dalam acara OPTIMIST MARATHON dan memenangi tempat ke-2 dalam acara OPTIMIST GIRL di Kejohanan Perahu Layar KFC- Terengganu Oepn Regatta 2012 dari 8 - 11 November 2012 bertempat di Terengganu River Channels, Pulau Duyong.


--
NORSUHAINI BT IBRAHIM
Pen. Peg. Belia & Sukan
Memanah/Pelayaran/Tenpin Bowling
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang