Wednesday, February 27, 2013

Ujian Kecergasan

Sukan Badminton
Tarikh : 16 Februari 2013
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Jumlat Atlet : 25 orang atlet


Ujian kecergasan ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan atlet badminton di Pusat Latihan Negeri Pahang. Jurulatih telah mencadangkan untuk mengadakan ujian kecergasan ini untuk mengahadapi Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon B yang akan berlangsung pada 28 Februari hingga 03 Mac 2013 di Melaka. 
 
8 Ujian kecergasan yang diadakan adalah :
1. Static Vertical Jump (cm)
2. Standing Broad Jump
3. Handgrip Right (kg)
4. One Minute Push Up
5. One Minute Sit Up
6. 10m (sec)
7. 16 repetitions Four Courners Agility (secs)
8. Yoyo Endurance Test Level 1

En. Muhamad Shukur B Yusuf, Pegawai Fisiologi Sukan ISN Pahang telah merumuskan kebanyakan atlet hanya berada di tahap sederhana dan belum mencapai tahap yang baik. Jurulatih juga perlu memberi penekanan kepada latihan kecergasan untuk meningkatkan lagi prestasi atlet untuk menghadapi kejohanan yang akan mereka hadapi.

USPTN Pahang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Satelit Pahang, Persatuan Badminton Negeri Pahang, Jurulatih, atlet, ibu bapa dan Majlis Sukan Pahang yang membantu menjayakan program ini. Sekian.

disediakan :

Anuwar B Abu Bakar
USPTN Pahang



Monday, February 18, 2013

Sesi Pendidikan Pemakanan dan Psikologi Sukan

Sukan : Skuasy
Tarikh : 16 Februari 2013 (9.00 pagi - 1.00 petang)
Tempat : Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang
Kehadiran Atlet : 20 orang atlet
Penceramah : 
1)Puan Azimah Bt Zakaria ( ISN Pahang - Pemakanan dalam Sukan )
2)Cik Hapizah Bt Mamat ( ISN Pahang - Psikologi dalam Sukan )
Turut Hadir : 
1) En. Muhammad Hafiz b. Tajudin - Ketua Unit ISN Satelit Pahang

 * PEMAKANAN DALAM SUKAN oleh Puan Azimah Bt Zakaria :
1. Masa makan yang sesuai untuk atlet
2. Piramid Makanan.
3. Kepentingan air dalam badan.
4. Pengambilan makanan sebelum, semasa dan selepas kejohanan atau latihan.
5. Recovery ( Pemulihan )

* PSIKOLOGI DALAM SUKAN oleh Cik Hapizah Bt Mamat :
1. Menetapkan matlamat dalam Sukan dan Kehidupan
2. Penilaian tahap kemahiran mental atlet


Sesi pertama dimulakan oleh Puan Azimah Bt Zakaria iaitu Pemakanan dalam Sukan pada pukul 9.00 pagi. Sesi ini mengajar atlet cara-cara untuk mengekalkan badan supaya sentiasa cergas dan bertenaga semasa latihan dan kejohanan. Sesi Pemakanan ini berakhir pada 10.30 pagi dan Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang telah menyediakan minum pagi untuk peserta program dan penceramah. Program seterusnya disambung pada pukul 11.00 pagi oleh Cik Hapizah Bt Mamat iaitu Psikologi dalam Sukan. Sesi ini adalah untuk menaikkan keyakinan diri atlet itu dalam sukan dan kehidupan seharian. Program ini telah tamat pada pukul 1.00 petang dan makan tengah hari telah disediakan oleh pihak persatuan.

Jutaan terima kasih kepada Pegawai Institut Sukan Negara Cawangan Pahang dan juga kepada Persatuan Skuasy Malaysia Cawangan Pahang yang membantu menjayakan program ini. Sekian.

Anuwar Abu Bakar
USPTN Pahang
Peg. Pembangunan Sukan Skuasy







Thursday, February 7, 2013

UJIAN KECERGASAN ATLET DAN PEMANTAU PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT ROMPIN

Tarikh : 30 Jan 2013
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat (Rompin)
Kehadiran Atlet : 26 orang
Kehadiran Jurulatih : 3 orang

Pada 30 Jan 2013 yang lepas telah diadakan Ujian Kecergasan untuk semua atlet angkat berat yang berada di Pusat Kecemerlangan Angkat Berat Rompin. Seramai 26 orang atlet dan 3 orang jurulatih telah bersedia bagi menjalani ujian yang dikendalikan oleh Pegawai ISN Satelit Pahang. Sesi ujian di mulakan dengan pengambilan data ( Ketinggian dan Berat ) seterusnya sebanyak 4 ujian telah dijalankan bersesuai dengan sukan angkat berat iaitu :-

i. Standing Broad Jump
ii. Vertical Jump
iii. 1 Min Sit-Up
iv. 1 Min Push-Up

Pada jam 5.30 petang, saya juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan perjumpaan bersama atlet bagi mengetahui perkembangan terkini atau mendengar sebarang masalah / isu yang ingin ditimbulkan selain menyampaikan amat dari pihak Majlis Sukan Pahang.

Perjumpaan tamat pada jam 6.05 petang.


--
SYAMSUDIN BIN SUKEMI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang /
Pegawai Pembangunan Sukan Negeri Pahang

feel free to log in :-

http://usptnphg.blogspot.com/

Tuesday, February 5, 2013

PAHANG CLOSED 2013 - TENPIN BOWLING


TAHNIAH diucapkan kepada Persatuan Bowling Tenpin Pahang yang telah berjaya menganjurkan Kejohanan Pahang Closed 2013 yang telah berlansung pada 22 Jan - 3 Feb 2013 di Kuantan Megalanes. Seramai 12 orang atlet dibawah Pogram Pelapis Negeri Pahang dan Program SUKMA 2014 telah melayakkan diri di dalam acara Master's. Mereka adalah:-

Women Masters
1. Faten Najihah bt Ahmad Faik
2. Nurazeera bt Azizi
3. Alia Nadira bt Azmi
4. Nazira bt Nasir
5. Sharifah Munirrah bt Syed Mohsin
6. Anis Syazwani bt Wan Abdullah

Men Masters
1. Tg Mohd Faidhee bin Tg Zulkifly
2. Irfan Irsyaduddin bin Mohd Ishanizam
3. Abdul Hadi bin Harun
4. Asyraf bin Shamsudin
5. Paul Bernard Xavier
6. Tg Mohamad Faeez bin Tg Zulkifly

Pemenang Women Master's
1. Farah Izzazaya bt Mohd Fariq
2. Faten Najihah bt Ahmad Faik
3. Nurazeera bt Azizi

Pemenang Men Master's
1. Syed Muzzaffar bin Syed Mohsin
2. Faizrul Haizem
3. Mohd Norhamirun


Pentadbiran USPTN Pahang merakamkan jutaan tahniah kepada penganjur kejohanan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ibubapa serta para peserta yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Sekalung tahniah buat pemenang, semoga kejohanan seperti ini akan diadakan lagi dimasa-masa akan datang.

Sekian

--