Saturday, May 31, 2014

TAMBAHAN PINGAT DARI MEMANAH PAHANG DI SUKMA XVII, PERLIS 2014

30 Mei 2014 : Di Padang Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, sekali lagi Muhammad Farhan Hakim telah menyumbang pingat emas kepada pasukan dan negeri pahang bagi acara 30m recurve men, Helmee bagi acara 30m compound men juga telah meraih pingat perak sekaligus menambah koleksi pingat buat pasukan memanah pahang, setakat ini 1 emas dan 2 perak dari sukan memanah..TAHNIAH !!..

Thursday, May 29, 2014

MUHAMMAD FARHAN HAKIM RANGKUL PERAK

29 Mei 2014: SUKMA XVII, Perlis 2014, Muhammad Farhan Hakim pertama kalinya menyertai Termasya SUKMA telah merangkul pingat perak pada hari ini bagi acara 70m recurve men...TAHNIAH team memanah!!! moga esok dan hari berikutnya dapat menambah lagi  koleksi pingat buat pasukan dan Negeri Pahang...

Wednesday, May 28, 2014

SITI ZALEHA RAIH 2 EMAS

28hb Mei 2014 : Keriangan semalam masih terasa dari Dewan Angkat Berat IKBN Perlis,  hari ini apabila Siti Zaleha Bt Yusop bagi Kategori 48kg juga meraih 2 emas untuk menambah koleksi emas bagi Pasukan Angkat Berat Pahang....beliau juga menerima wang insentif sebanyak RM6k di atas usaha dan pengorbanan beliau...TAHNIAH!!!....

EMAS PERTAMA PAHANG DI SUKMA XVII, PERLIS 2014

Kemarau emas selama 4 hari berkampung di Perlis akhirnya dileburkan oleh Pasukan Angkat Berat pada 27hb Mei 2014 bagi Kategori 52kg dengan Acara snatch dimenangi oleh Muhd Sharizal dan  Muhd Taufiq bagi acara clean & jerk manakala bagi Kategori 56kg tambahan pingat emas dan gangsa diraih oleh Hazal Wafie...TAHNIAH !!!..diucapkan.