Tuesday, August 11, 2015

PERJUMPAAN ATLET BERSAMA JURULATIH SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 07.08.2015
MASA : 4.00 PETANG
KEHADIRAN : 31 ORANG ATLET & 4 ORANG JURULATIH
PKU USPTN Pahang & Penyelaras Menembak

ISU-ISU DIBANGKITKAN

1. Mengesahkan nama atlet dari jurulatih untuk pembayaran elaun atlet SUKMA 2016 di Sarawak.

2. Kehadiran atlet semasa latihan yang semakin menurun pada bulan Ramadhan yang lalu dan atlet tidak memaklumkan sebab tidak hadir kepada jurulatih untuk makluman. Jika atlet tidak dapat menghadiri latihan sebanyak 80%, Pihak Pengurusan akan memotong elaun atlet tersebut pada bulan tersebut.

3. Atlet senior jangan terlalu selesa berada didalam pasukan dan atlet-atlet baru masih berpeluang untuk mewakili Pasukan Pahang di Sarawak jika mencapai sasaran yang dibuat oleh Jurulatih.

4. Memaklumkan kepada atlet dan jurulatih bahawa Pengurusan MSP akan membeli senjata baru dan peralatan baru sebagai persiapan menjelang SUKMA Sarawak nanti.

5. Masalah disiplin di kalangan atlet yang menginap di asrama seperti ponteng sekolah semakin membimbangkan dan Pengurusan MSP mengambil berat akan perkara ini. Selain itu, ada juga atlet yang tidak mengisi borang keluar asrama.

6. Kejohanan-kejohanan yang akan disertai 2015 iaitu :
a. Kej. Pelapis Zon Timur 2/2015 di Kuantan
b. Tun Haniff Trophy 2015 & Sport Excel 4th Malaysia Junior Shooting Championships
c.National Shooting Championships & Spor Excel 5th Malaysia Junior
d. 39th South East Asia Shooting Championships Palembang

7. Semua atlet perlu ada borang markah peribadi sebagai rujukan untuk memudahkan atlet dan jurulatih menilai prestasi masing-masing.

Sekian, terima Kasih.

-- 
ANUWAR BIN ABU BAKAR
Pen. Peg. Belia & Sukan
Sukan Menembak/ Tinju/ Sepaktakraw
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.